SEMANGAT KEMERDEKAAN

Tuesday 22 January 2013

Majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan



    Majlis Penyerahan Bantuan Khas awal persekolahan telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Rusnah dengan jayanya. Terima kasih diatas kehadiran beliau kerana dengan kehadiran beliau,
dapat menjelaskan lagi kehendak kerajaan dan juga pemimpin negara dalam menjayakan hala tuju pendidikan negara kita.

   Kehadiran ibubapa amat menggalakkan dan memudahkan pihak sekolah menyelesaikan proses penyerahan wang. Sebelum proses penyerahan wang dilancarkan, satu ceramah bertajuk 'SARANA IBUBAPA' telah disampaikan dengan jelas oleh En. Mohd Nasir, Guru cemerlang SK Bandar Baru Putera. Melalui ceramah tersebut, diterangkan dengan amat jelas kehendak kementerian untuk memaksimakan penglibatan ibubapa dalam aktiviti sekolah. Pelbagai cara komuniti sekitar boleh memberi khidmat kepada sekolah, antaranya seperti membantu melatih pasukan sekolah samada dari segi ko-akademik atau pun sukan. Ibubapa akan diberi borang yang perlu diisi sekiranya ingin menyumbang kepakaran masing -masing.

MAKLUMAT MENGENAI SARANA IBUBAPA boleh dibaca disini. Sila klik butang paling kanan untuk lebih besar.
1. Motivasi / Disiplin Murid
2. Kokurikulum (Persatuan, Unit beruniform, Permainan)
3. Akademik (Pembelajaran sekolah)
4. Bimbingan kerjaya
5. 4K (Kebersihan, keceriaan, Keselamatan dan kesihatan)
6. Menyertai kumpulan sokongan ibubapa

Faedah kepada ibu bapa:
• Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
• Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah
• Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.


Sekiranya program ini diberi sokongan sepenuhnya oleh ibubapa dan masyarakat sekitar, insyaAllah sekolah akan lebih maju ke depan. 

Jutaan terima kasih sekali lagi pada YB Dato' Rusnah kerana beliau telah bersetuju dan bermurah hati untuk memberi sedikit sumbangan untuk Aktiviti LADAP guru - guru. (Latihan dalam Perkhidmatan). Semoga dengan sumbangan beliau, semangat warga pendidik SKBBP akan bertambah marak disamping meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. 

Program penyerahan wang selesai sepenuhnya pada jam 1.00 tengahari. 




Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.

Perincian Penggal persekolahan