SEMANGAT KEMERDEKAAN

Tuesday 1 January 2013

Hari pertama persekolahan

 Selamat datang warga SK Bandar Baru Putera yang telah lama menikmati cuti selama sebulan lebih pada tahun 2012. Semoga kehadiran semua
dapat menyerikan lagi aktiviti setiap hari SK Bandar Baru Putera bermula pada hari ini, 2hb Januari 2013.

 Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tahun telah dirangka ketika mesyuarat - mesyuarat penting dan juga mesyuarat - mesyuarat kecil setiap jawatankuasa yang telah diadakan bermula 27hb Disember 2012 yang lepas. Diharap segala perancangan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dengan bantuan dan kerjasama yang ikhlas para pendidik dan juga ibubapa serta masyarakat sekeliling. 

 Hari pertama persekolahan, pelbagai gelagat dapat diperhatikan pada murid - murid baru SK Bandar Baru Putera pada tahun ini, terutamanya murid - murid pra yang kelihatan agak malu - malu ataupun takut - takut untuk ditinggalkan di sekolah. Namun demikian, tiada sebarang masalah kritikal yang berlaku oleh kerana kerjasama yang amat baik diantara guru - guru dan juga ibubapa dalam melayan karenah anak - anak kecil. 

 Perhimpunan rasmi pagi yang dijalankan pada hari ini amatlah baik sekali. Tahniah diucapkan kepada guru betrugas dan juga anak murid terutamanya kerana memberi kerjasama yang amat baik. Diharap keadan ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Perjalanan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas juga kelihatan amat lancar. Semua guru nampaknya kelihatan cukup bersedia untuk menghadapi anak murid pada hari pertama ini. Pelbagai persediaan dari segi buku kerja dan juga peringatan diberikan agar murid - murid dapat bersedia untuk menghadapi sesi pembelajaran sepanjang tahun 2013.

 Tahniah sekali lagi kepada semua warga SKBBP dengan segala kerjasama anda. 



Sila klik sini untuk melihat gambar. 


Perincian Penggal persekolahan