SEMANGAT KEMERDEKAAN

Thursday 1 May 2014

Dari meja GB



Assalamualaikum w.b.r
Kepada semua warga SKBBP, komuniti sekitar Bandar Baru Putera dan para pengunjung portal SKBBP. 
      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbicara di ruang maya ini. Saya merasa bangga kerana sekolah ini mempunyai laman portal yang dibina seiring dengan kewujudan projek VLE iaitu Virtual Learning Environment yang akan diadakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dapat dinikmati oleh semua murid di negara kita dan berpeluang merasai pengalaman kaedah pembelajaran bertaraf dunia. 
      Sekolah ini juga mempunyai ruang bicara untuk perkongsian maklumat dengan komuniti sekitar iaitu http://skbbponline.blogspot.com yang telah lama diwujudkan serta masih aktif digunakan sebagai ruang untuk berkongsi segala maklumat. Namun selepas ini, ruang blogspot tersebut akan diteruskan sebagai ruangan diari dan juga ruang perkongsian yang lebih santai buat anak - anak murid SKBBP. 
     Dengan wujudnya laman portal sekolah ini, diharapkan dapat lagi mengeratkan hubungan diantara warga SKBBP dengan komuniti luar terutamanya ibubapa dan juga penjaga. Para pengunjung dapat mengenali sekolah ini dengan lebih dekat disamping dapat mengikuti perkembangan aktiviti - aktiviti terkini yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
        Saya ucapkan selamat datang dan selamat melayari laman portal ini kepada semua pengunjung. Selaras dengan program kementerian yang menjurus kearah pembestarian sekolah - sekolah Malaysia, diharap dapatlah kita jadikan laman ini sebagai laman berkongsi maklumat dengan berhemah. Saya mengalu - alukan sebarang cadangan dan idea serta komen untuk penambahbaikan laman portal ini daripada semua pengunjung.
Terima kasih.
        "BERGERAK MENUJU WAWASAN"
         Puan Naimah Binti Jaaffar

Perincian Penggal persekolahan