SEMANGAT KEMERDEKAAN

Thursday 24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah


Majlis Sambutan Maulidur rasul telah berjalan dengan lancar bermula jam 8.30 pagi walapun perarakan tidak dapat dijalankan oleh kerana hujan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin
yang diadakan setiap bulan diketuai oleh En. Norzie Abdul Aziz. Setelah selesai bacaan Yassin, laungan selawat pula diadakan di lobi bagi mengantikan aktiviti perarakan diketuai oleh Ustaz Abdul Halim. 


Ustaz Ahmad Firdaus bin Mohamed Ali Al - Hafiz, merupakan imam masjid dijemput khas untuk memberi ceramah kepada warga SKBBP. Pelbagai cerita dan peringatan telah diberikan oleh beliau buat warga SKBBP. Antara yang menarik perhatian adalah amalan - amalan sunnah Rasulullah SAW ketika hayatnya masih hidup.

Sekiranya setiap umat Islam dapat membudayakan kualiti hidup bersandarkan cara hidup Rasulullah SAW, insyaAllah kualiti hidup kita sebagai seorang mukmin akan terjaga. 



Perincian Penggal persekolahan