SEMANGAT KEMERDEKAAN

Sunday 1 June 2014

Piagam




KAMI WARGA SEKOLAH SK BANDAR BARU PUTERA, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

>> melahirkan insan berilmu dan berkualiti melalui peningkatan usaha memotivasikan murid - murid ke tahap maksima
>> membentuk insan yang berwawasan, berkepimpinan, celik dan beretika mulia
>> menerapkan nilai - nilai penyayang, prihatin dan ketekunan dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang dikalangan guru dan murid
>> merancang dan menyusun atur serta merealisasikan setiap kegiatan dan aktiviti yang dapat meningkatkan potensi individu dan kumpulan yang berkualiti dan berkuantiti.
>> menyebarluaskan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid - murid bagi menyediakan warganegara yang cukup bersedia dalam menghadapi cabaran dan bidang pekerjaan dan kehidupan masa hadapan
>> membina sistem dan prosedur kerja dan kakitangan yang sentiasa dalam keadaan SIAP SEDIA DAN CEMERLANG
>> memupuk semangan kekitaan dan kemesraan dikalangan guru - guru dan kakitangan sekolah, murid - murid serta ibu bapa penjaga demi kepentingan pendidikan anak didik sekolah ini.
>> mengamalkan gaya hidup bersatu padu antara kaum yang menganggotai warga sekolah ini serta membentuk budaya kerja berpasukan yang melibatkan semua kaum dalam pelbagai aktiviti dan kegiatan sekolah.
>> menumpukan usaha untuk memerangi masalah buta huruf dikalangan murid - murid (PENINGKATAN CELIK 3M)
>> memastikan pentadbiran dan mengurusan pejabat adalah SMART layanan mesra kepada setiap individu atau kumpulan yang memerlukan perkhidmatan dari pihak sekolah memastikan setiap surat atau email dari KPM / JPNP / PPDK Utara atau lain - lain pihak diminit serta diambil tindakan dalam KADAR SEGERA mematuhi segala arahan Pekeliling - pekeliling Pihak Berkuasa Pelajaran mengikut masa yang ditetapkan, memaklumkannya pada guru dan kakitangan atau kepada murid - murid atau kepada ibu bapa / penjaga dengan kadar segera serta membina satu sistem fail yang mudah dikesani apabila diperlukan
>> memastikan kebajikan guru, kakitangan bukan guru serta murid - murid direalisasikan secara adil dan saksama

PIAGAM SEKOLAH

Perincian Penggal persekolahan