SEMANGAT KEMERDEKAAN

Friday 28 December 2012

BACK TO SCHOOL

ALHAMDULILLAH... syukur ke hadrat Illahi kerana sekolah semakin hampir untuk dibuka. Kehadiran anak - anak murid akan disambut dengan pelbagai
persediaan awal tahun yang ketika ini warga SKBBP begitu sibuk untuk membuat persiapan.

Mesyuarat guru yang berlangsung pada hari Khamis, 27hb Disember baru - baru ini, disertai oleh guru - guru dengan wajah ceria menandakan bermulanya tugas masing - masing setelah lama bercuti. Tahniah dengan kehadiran semua guru pada hari pertama mesyuarat tersebut dan disambung seterusnya pada 28hb Disember, hari Jumaat dimana mesyuarat Kurikulum pula diadakan.

Hari ini, 29hb Disember, sebahagian guru - guru akan sibuk bergotong royong di sekolah untuk membersihkan apa yang sepatutnya dijadikan ceria dan bersih. Acara akan bermula seawal 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 11 pagi. Diharap semua yang terlibat esok hari bersedia dalam keadaan sehat walafiat dan cergas. ;)

Jangan lupa pula pada hari Isnin, Hari pendaftaran Tahun 1 dan juga Pra sekolah akan diadakan. Diharap segala persiapan yang telah dirancang berjalan dengan lancar. 

SELAMAT BERTUGAS BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK. 

Perincian Penggal persekolahan