SEMANGAT KEMERDEKAAN

Tuesday 23 October 2012

Ceramah Mandi Jenazah

    Satu ceramah yang amat berguna buat warga SKBBP yang beragama Islam iaitu ceramah Mandi jenazah yang dianjurkan oleh Kem Bestari Solat, j-Qaf. Ianya berlansung pada
jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
  
    Ceramah diberikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ahmad Firdaus bin Mohamed Ali, Imam 1 Masjid Tanah Hitam dan seterusnya amali mandi jenazah bersama pelajar lelaki manakala Ustazah Zaharah binti Itam dari Sekolah Agama Rakyat Bandar Baru Putera untuk amali mandi jenazah perempuan bagi pelajar perempuan.

    Ceramah yang amat berkesan dan berguna buat muslimin dan muslimat. 



 Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.


Perincian Penggal persekolahan