SEMANGAT KEMERDEKAAN

Friday 19 October 2012

Perkhemahan Unit beruniform peringkat sekolah

       Perkhemahan Unit beruniform diadakan selama 3 hari bermula pada hari Jumaat 19hb Oktober. Penyertaan murid seramai 100 orang pada tahun
ini terdiri daripada murid - murid tahun 4,5 dan 6. Bermula dengan proses pendaftaran pada jam 4.00 petang, segala kelengkapan seperti pakaian bersukan, pakaian aktiviti dan juga kelengkapan harian untuk menginap selama 3 hari 2 malam dibawa oleh para peserta.

      Seperti setiap tahun perkhemahan diadakan, guru SKBBP dengan rendah hatinya rajin untuk menyediakan makanan untuk para peserta. Pelbagai menu telah dirancang mengikut kumpulan guru - guru yang telah diagihkan. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 3 hari ini seperti :

- Aktiviti bantu mula
- Senaman pagi
- Kuliah subuh dan kuliah Maghrib
- Jenis - jenis ikatan 
- Ikhtiar hidup
- Malam kebudayaan
- Penutup / Penyampaian sijil

             Tahniah diucapkan kepada semua warga SKBBP kerana telah menjayakan program ini. 



Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.

Perincian Penggal persekolahan