SEMANGAT KEMERDEKAAN

Wednesday 24 October 2012

Kem Membaca 1 Malaysia


       Sukacita dimaklumkan bahawa program galakan tabiat membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diurusetiakan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

       Justeru, bagi menyokong hasrat ini, KPM akan menganjurkan program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang akan berlangsung selama 4 hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012. Sempena program KM1M ini juga, KPM dengan kerjasama Scholastic Malaysia akan melaksanakan Program READ 2012: One Nation Reading Together. Pelancaran program READ ini akan diadakan pada 24 Oktober 2012, pukul 9:30 pagi secara serentak di seluruh negara.

        Sehubungan itu, sekolah-sekolah yang telah disenaraikan untuk Program READ perlu mendaftar melalui laman web www.readtogether.com.my selewat-lewatnya pada 30 September 2012. Sekolah-sekolah yang awal mendaftar akan menerima 50 buah buku sumbangan Scholastic Malaysia. Pihak sekolah boleh memuat turun bahan dan dokumen bagi pelaksanaan KM1M dan READ 2012 melalui pautan yang disediakan di bawah.

      Warga SKBBP telah melaksanakan program ini di Lobi SK Bandar Baru Putera. 



 Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.

Perincian Penggal persekolahan