SEMANGAT KEMERDEKAAN

Thursday 30 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul


      Pada pagi yang berkat ini, warga SKBBP mengadakan satu majlis untuk
memperingati hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Semua warga SKBBP mengadakan perarakan mengelilingi taman sambil bersalawat. 


      Setelah itu, satu ceramah diberikan oleh Al-fadhil Ustaz Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak Al-Yahya Al-Baloki dari SK Dato' Ahmad Said Tambahan. Satu penyampaian yang amat menarik dan dapat menarik perhatian murid - murid SKBBP untuk mendengar kisah Nabi junjungan kita umat Islam dengan penuh minat. Semoga murid - murid SKBBP dapat mengikuti dan mencontohi sikap - sikap Nabi Muhammad S.A.W. 

   Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullahseorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T.

Sedikit maklumat mengenai Nabi Muhammad S.A.W
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). 



   Sementara murid - murid islam mendengar dan menhayati ceramah yang diberikan oleh Ustaz Syed Mohd Bakri, murid - murid moral pula membuat aktiviti sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 31hb Januari ini. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina di Malaysia dan warga Taman Bandar Baru Putera khususnya. 

Klik sini untuk melihat gambar selebihnya.

Perincian Penggal persekolahan