SEMANGAT KEMERDEKAAN

Sunday 26 January 2014

Perhimpunan rasmi 27hb Jan 2014

Perhimpunan rasmi SK Bandar Baru Putera pada hari ini diserikan dengan majlis pelancaran
program JOM ke SEKOLAH SAYANG. program kaunseling yang dilaksanakan oleh En. Nurullazwan selaku guru kaunseling sekolah ini merupakan program di bawah Hal Ehwal Murid.

Melalui program ini, murid - murid digalakkan untuk hadir ke sekolah dan tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengurangkan masalah ponteng. SK Bandar Baru Putera berharap agar target 95% kehadiran dapat dicapai pada tahun ini. 




Guru bertugas minggu lepas, En. Suhaimi melaporkan masalah disiplin pelajar terutama dari segi kebisingan masih lagi tidak terkawal. Murid - murid tidak mengendahkan kehadiran dan arahan yang diberikan oleh guru di hadapan. Keputusan kebersihan adalah seperti berikut :

Tahap 1
1. 1 Delima
2. 1 Zamrud
3. 2 Zamrud

Tahap 2
1. 4 Nilam
2. 5 Zamrud
3. 5 Nilam

Namun demikian, hanya 1 Delima dan 1 Zamrud sahaja yang memperoleh bintang untuk minggu ini.Majlis perhimpunan diteruskan oleh En. Waqiuddin selaku ketua kumpulan guru bertugas pada minggu ini.


Perincian Penggal persekolahan