SEMANGAT KEMERDEKAAN

Monday 21 July 2014

Majlis berbuka puasa dan solat Terawih berjemaah


Tahniah dan terima kasih kepada warga SK Bandar Baru Putera kerana telah menjayakan
program majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah bermula seawal jam 6.30 petang pada 21hb Julai malam tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Norzie bin Abdul Aziz.

Pn. Naimah binti Jaaffar juga menyampaikan jutaan terima kasih kepada ibubapa yang dapat hadir ke majlis tersebut. Beliau menyampaikan kehendak KPM Malaysia dan menyatakan hasrat target pencapaian sekolah dengan harapan agar ibubapa dapat sama - sama bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menaikkan pencapaian sekolah.

Majlis diteruskan dengan solat Mahgrib berjemaah dan berbuka dengan jamuan ringkas sebelum menunaikan solat sunat hajat yang diketuai oleh Ustaz Abdul Halim bin Abdul Majid. Setelah itu, berbuka dengan hidangan berat yang telah disediakan sebelum menunaikan solat terawih berjemaah.


Perincian Penggal persekolahan