SEMANGAT KEMERDEKAAN

Saturday 3 May 2014

Karnival Bahasa Melayu SR / SM Peringkat daerah Kinta Utara

   Pada 3hb Mei yang lepas, SK Bandar Baru Putera telah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai pertandingan Pidato dan bercerita tahap 1 dan 2 Sekolah Rendah peringkat
daerah Kinta Utara. Pertandingan diadakan di SK Bandar Baru Putera.
 
   Pertandingan bercerita tahap 2 diwakili oleh adik Nur Atiqah manakala adik Nur Elis Emilia untuk tahap 1 dibimbing oleh Pn. Ruswati dan Pn. Amirosyati. Pertandingan Pidato pula diwakili oleh adik Mohd Haziq dibimbing oleh Pn. Hasbi dan Pn. Rabihah.

   Pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tahniah kepada semua peserta kerana telah memberikan persembahan yang baik.

  Tahniah kepada adik Mohd Haziq kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Pidato.


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.660148280719855.1073741951.100001740675741&type=1&l=b67b2786fb
 Sila klik gambar untuk melihat gambar selebihnya.

Perincian Penggal persekolahan