SEMANGAT KEMERDEKAAN

Monday 17 February 2014

Lantikan Pengawas Sekolah dan PSS, Pelancaran minggu Bahasa Inggeris

Pada perhimpunan rasmi kali ini, diserikan dengan 2 majlis iaitu pelantikan
pengawas sekolah dan PSS serta pelancaran minggu Bahasa Inggeris.

Majlis dimulakan dengan persembahan video sebagai pelancaran Bahasa Inggeris yang dirasmikan sendiri oleh Pn. Naimah binti Jaaffar. Setelah itu, Pn. Ratna Seri Dewi sebagai ketua panitia telah menyampaikan cenderahati kepada puan guru besar sebagai penghargaan untuk perasmian minggu bahasa inggeris kali ini.

Pelbagai program akan dijalankan sepanjang minggu bahasa inggeris ini antaranya adalah kuiz bahasa inggeris disetiap kelas, memperdengarkan lagu nursery ryhmes ataupun kuiz BI ketika perhimpunan pagi setiap hari sebelum ke kelas dan juga kuiz bahasa inggeris untuk semua guru.

Setelah itu, lantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber pula diteruskan.


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.621820807885936.1073741931.100001740675741&type=1&l=56f7206bab
Sila klik gambar untuk melihat gambar seterusnya.

Perincian Penggal persekolahan