SEMANGAT KEMERDEKAAN

Wednesday 22 January 2014

Majlis penyerahan wang bantuan RM100.00

   Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab pihak sekolah untuk menyampaikan wang bantuan RM100.00 kepada ibubapa dan penjaga anak murid SK Bandar Baru Putera. Majlis
dimulakan dengan penyampaian beberapa maklumat penting iaitu taklimat penyerahan User ID dan Kata laluan FROG kepada ibubapa / penjaga yang disampaikan oleh Pn. Fazlinda binti Aziz dan juga SARANA yang disampaikan oleh En. Mohd Nasir sementara menunggu guru - guru kelas mengambil duit dari pejabat.

  Pengagihan wang bantuan berjalan dengan lancar di bilik darjah masing - masing. Semua ibubapa / penjaga yang hadir menunggu dengan sabar untuk menerima wang bantuan tersebut. Tahniah dengan segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua warga Bandar Baru Putera.


Sila klik sini untuk melihat gambar yang selebihnya.


Perincian Penggal persekolahan