SEMANGAT KEMERDEKAAN

Tuesday 17 September 2013

Penutup kemerdekaan

Acara penutup kepada Kemerdekaan telah diadakan di lobi bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan tayangan video lakonan anak - anak didik SK Bandar Baru Putera. Setelah itu, diserikan oleh ceramah yang diebrikan oleh Peg. Waran (B) En. Eilias.

Ceramah beliau disampaikan dengan begitu
semangat sekali dan menarik perhatian murid - murid SK Bandar Baru Putera. Murid - murid mendengar dengan penuh teliti cerita beliau. Kami warga SKBBP amatlah berterima kasih dengan beliau kerana sudi berkongsi cerita dengan kami berkenaan dengan pengalaman beliau ketika menentang komunis.

Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya. 


Video kemerdekaan telah di muatnaik ke akaun youtube untuk tatapan anak - anak murid SKBBP dan juga untuk komuniti luar amnya. Terima kasih kepada Pn. Faridah Hanim yang menjadi pengarah untuk menzahirkan cerita kemerdekaan untuk tatapan anak - anak muda kini dan ribuan terima kasih kepada En. zaidi kerana telah menyampaikan lakonan tersebut didalam bentuk video yang kreatif. 

Diharap murid - murid dan juga masyarakat kini dapat menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi kini.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.


Perincian Penggal persekolahan