SEMANGAT KEMERDEKAAN

Monday 5 November 2012

Jamuan akhir tahun guru SKBBP


    5hb Nov - Hari Isnin yang lepas, satu jamuan ringkas tapi meriah diadakan di Restoran Pakeeza, Ipoh. Jamuan akhir tahun guru - guru SK Bandar Baru Putera, dijamu dengan
makanan lazat seperti nasi beriani, roti puri, roti naan, ayam tandoori, daging dan pelbagai lagi. Rasanya boleh lagi agaknya warga SKBBP membuat jamuan disana lagi dimasa akan datang kerana tidak dinafikan makanannya lazat -lazat belaka. :)

   Ketika majlis ini juga, Pn. Maswati, Pn. Hafiza, Pn. Devamala dan En. Mohd Azhar diraikan kerana guru - guru hebat ini akan berpindah ke tempat baru pada tahun akan datang. Sesungguhnya kami akan merindui anda semua kerana bukan calang - calang jasa yang telah mereka berikan di sekolah ini. Semoga mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru nanti.






Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.

Perincian Penggal persekolahan