SEMANGAT KEMERDEKAAN

Monday 10 September 2012

Majlis restu Ilmu

      Debaran UPSR semakin kuat. esok iaitu 11hb September bermulalah ujian terbesar buat murid - murid tahun 6. Oleh itu, unit kecemerlangan tahun 6 diketuai oleh En. Nurullazwan telah mengadakan program Restu Ilmu di lobi. Setiap
tahun program ini dijalankan. Diharapkan mereka tahu dan kenal erti dan maksud RESTU ILMU ini dengan lebih mendalam.

      Sebagaimana anak - anak perlu menghormati ibubapa masing - masing. Begitu juga murid - murid perlu menghormati guru - guru.

      Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Malangnya murid - murid zaman sekarang tidak kenal dan tidak tahu untuk menghormati guru atau yang lebih tepat sekali menghormati orang yang lebih tua. Generasi baru tidak tahu untuk berbudi bahasa. 
     Bagaimanakah caranya kita perlu mendidik mereka? Kerjasama masyrakat sekeliling dan juga oran tua terutamanya ibubapa perlu memberi kerjasama pada pihak sekolah berkenaan perkara ini. 



Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya 

Perincian Penggal persekolahan